Sunday 28 December 2008

Mee Hailam

Mee Goreng Mamak


Sha's Snack Corner

Sosej 'n' Chips













Fried Nugget















French Fries















Mushroom Soup















Wedges

Real Madrid Chicken Grill


Saturday 27 December 2008

Bayern Munich German Beef


Arsenal Lamb Chop


Barcelona Chicken Breast in Cheese


MU Chicken Chop


Bagi penyokong-penyokong MU, cubalah rasa Chicken Chop yang ranggup yang di makan dengan sos lada hitam (blackpapper).

Saturday 13 December 2008

Cantonese Ying Yong


Makanan menu ala-thai ini telah diubah suai dan popular di sha's cafe. Ia merupakan campuran beehoon yang digoreng garing serta kueyteow yang diadunkan bersama kuah masakan seafood ala-chinese. Ianya lebih selera dimakan dengan cili potong bercampur kicap sotong. Untuk pengetahuan anda Ying Yong adalah dalam bahasa cina, maksudnya dalam bahasa melayu adalah campuran 2 dalam 1. Betul ke?

Nasi Goreng Sha's

Ini pula Nasi Goreng Sha's. Menu tema bagi Sha's Cafe. Nasi goreng berwarna kuning ini digoreng bersama dengan kismis dan kunyit serta berlauk seafood yang dimasak padprik. untuk menambah selera dan kelazatannya, telur goreng cincang dihias diatas nasi. Adakah anda rasa terliur?

Nasi Goreng I.M.B


Biasanya anda pernah makan nasi goreng ikan masin, sekarang telah di "upgrade" menjadi Nasi Goreng IMB. Maksud IMB adalah Ikan Masin Berlauk. Nasi tersebut digoreng bersama ikan masin tenggiri jeruk dan sayur kailan. Kemudian untuk menambah seleranya dimakan bersama daging yang di goreng garing bersama kunyit. Sebagai pelengkap lauk serta hiasanya ditambah telur goreng yang dihiris. Apa macam... mau cuba kw?

Nasi Goreng Bambu

Ha..yang ini pula menjadi kegemaran ramai. Mungkin kerana namanya Bambu, kerana orang ingatkan nasinya dimasak didalam buluh. Tapi hanya namanya sahaja. Nasi goreng tersebut digoreng ala-chinese dan dimakan bersama lauk yang menyelerakan. Lauknya pula adalah campuran seafood yang digoreng bersama cendawan putih yang berkuahkan sos tiram. Mungkin di tempat lain ia dinamakan nasi goreng cendawan. Tetapi yang ini lagi "special". Nasi Goreng Bambu satu....laparlah pulak!

Nasi Goreng Tomyam


Kedai masakan panas memang tak boleh lari dari masakan Tomyam. Ini pula Nasi Goreng Merah yang digoreng ala-kampung. Ianya lebih enak dimakan bersama lauk seafood yang digoreng berkuah dan berperisa tomyam. Anda akan dapat rasa adunan tomyam walaupun semangkuk tomyam campur yang anda "order" tadi belum lagi tiba. Jangan lupa ingat Tomyam ...ingat nasi gorengnya.

Nasi Goreng Thai


Nasi Goreng ini pula bercitarasakan Thai. Digoreng ala-thai dan sekiranya mahukan pedas lagi ada "kick". Ianya nampak "simple" aje dan lebih enak dimakan bersama lauk ayam goreng kunyit yang di goreng garing. Adalah lebih enak jika dimakan bersama cili potong yang diisi dengan kicap sotong. Jadi jangan lupa minta cili potong nanti ya!

Nasi Goreng Udang


Peng kunyit dan dimakan bersama nasi goreng yang digoreng ala-kampung.
Untuk menambah selera anda jangan lupa minta "sos thai" untuk dicicah bersama udang. Kalau makan dengan pasangan anda jangan lupa tolong kupaskan kulit udang tu...baru lah romantik...hee hee tips orang lama.

Friday 12 December 2008

Lauk-lauk Kampung


Gambar ini adalah sebahagian lauk-lauk masakan kampung yang terdapat di Sha's Cafe. Menu-menu seperti ikan pati tempoyak pahang, ikan kerisi masak singgam asam pedas + nenas, sambal petai, ikan jebong masak asam pedas, ikan kembung bakar, sayur-sayur kampung (gulai nangka, gualai labu) Kerabu perut, ikan keli goreng, Sotong sumbat, .........

Banyak tu....nanti sambung