Wednesday 16 September 2009

Kad Raya & Kad Jemputan Perkahwinan



Selamat Hari Raya Kepada semua sahabat dan pelanggan yang budiman. Kami pengurusan Sha's Cafe menjemput kepada semua pelanggan serta sahabat ke Majlis Perkahwinan Adik kami pada 26 hb September (sabtu) bersamaan 7 syawal 1430 bertempat di permis kedai kami Sha's Cafe. Kehadiran anda semua dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis. Terima kasih

ANUGERAH PENIAGA CEMERLANG



Hari ini merupakan hari bersejarah yang mengembirakan kerana gerai kami di Bazar Ramadhan Peramu, Kuantan telah dianugerahkan Gerai Cemerlang oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Kemenangan ini merupakan kali kedua dimenangi oleh kami. Pihak MPK memilih kami dengan kreteria keindahan kedai, bersih dan berdisiplin.
Dengan kemenangan ini kami di anugerahkan hamper, sijil peniaga cemerlang dan percuma tapak gerai untuk ramadahan tahun depan.
Dengan ini pihak pengurusan Sha's Cafe mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPK dan semua pelanggan yang budiman.

Monday 7 September 2009

Terima Kasih YB



Hari ini 07/09/09 kami di bazar ramadhan peramu mendapat kunjungan daripada Wakil Rakyat Ahli Parlimen Kawasan Kuantan iaitu YB Hajah Fauziah Salleh (PKR). Ini merupakan sejarah kerana selama ini, setelah bertahun2 kami berniaga tidak pernah dikunjungi oleh mana2 wakil rakyat sebelum ini.
Tahniah kami ucapkan dan ribuan terima kasih di atas kunjungan YB Hjh.Fauziah di dalam melihat kawasan dan kemeriahan kami berniaga. Kami amat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan YB walaupun seketika. Kunjungan YB dapat mengeratkan lagi hubungan wakil rakyat dengan penduduk kawasan ini.
Kami menyokong penuh YB di dalam mentadbir kawasan ini. Semoga sikap YB menjadi contoh kepada wakil rakyat yang lain. Kami ucapkan semoga YB selamat maju jaya.

BERGELAP