Wednesday 5 June 2013

SHA'S CAFE SUDAH DIBUBARKAN

Salam Hormat kpd semua pelanggan yg budiman, sahabat2,keluarga dn sesiapa shj yg mengenali saya.
Sebenarnya Sha's Cafe yg saya usahakan dari tahun 2005, telah saya bubarkn atau sudah saya matikan lesen perniagaan pd bulan 3, 2012 yg lalu.
Atas sebab yg tak dapat sy nyatakan. Ini merupakan satu ujian drp Allah, di mana sy terpaksa lepaskn kedai ini kpd keluarga mertua.
Alhamdulillah sgt besar hikmahnya kpd sy dn isteri jg anak2.
Sekarang dh hampir 2 tahun berlalu. Cuma sy ingin nyatakn di sini, nama kedai sha's cafe mmg tidak ujud lg. Kedai masih ada dan mereka masih menggunakan nama itu tanpa lesen dan kekeizinan dr sy.
Oleh itu sebrg masalah yg berkaitan dgn kedai makan ini. TIDAK lg bersangkutan dgn sy.
Sekian terima kasih.


Monday 18 January 2010

Wednesday 16 September 2009

Kad Raya & Kad Jemputan Perkahwinan



Selamat Hari Raya Kepada semua sahabat dan pelanggan yang budiman. Kami pengurusan Sha's Cafe menjemput kepada semua pelanggan serta sahabat ke Majlis Perkahwinan Adik kami pada 26 hb September (sabtu) bersamaan 7 syawal 1430 bertempat di permis kedai kami Sha's Cafe. Kehadiran anda semua dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis. Terima kasih

ANUGERAH PENIAGA CEMERLANG



Hari ini merupakan hari bersejarah yang mengembirakan kerana gerai kami di Bazar Ramadhan Peramu, Kuantan telah dianugerahkan Gerai Cemerlang oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Kemenangan ini merupakan kali kedua dimenangi oleh kami. Pihak MPK memilih kami dengan kreteria keindahan kedai, bersih dan berdisiplin.
Dengan kemenangan ini kami di anugerahkan hamper, sijil peniaga cemerlang dan percuma tapak gerai untuk ramadahan tahun depan.
Dengan ini pihak pengurusan Sha's Cafe mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPK dan semua pelanggan yang budiman.