
Sunday, 28 December 2008
Saturday, 27 December 2008
MU Chicken Chop
Saturday, 13 December 2008
Cantonese Ying Yong

Makanan menu ala-thai ini telah diubah suai dan popular di sha's cafe. Ia merupakan campuran beehoon yang digoreng garing serta kueyteow yang diadunkan bersama kuah masakan seafood ala-chinese. Ianya lebih selera dimakan dengan cili potong bercampur kicap sotong. Untuk pengetahuan anda Ying Yong adalah dalam bahasa cina, maksudnya dalam bahasa melayu adalah campuran 2 dalam 1. Betul ke?
Nasi Goreng Sha's
Nasi Goreng I.M.B

Biasanya anda pernah makan nasi goreng ikan masin, sekarang telah di "upgrade" menjadi Nasi Goreng IMB. Maksud IMB adalah Ikan Masin Berlauk. Nasi tersebut digoreng bersama ikan masin tenggiri jeruk dan sayur kailan. Kemudian untuk menambah seleranya dimakan bersama daging yang di goreng garing bersama kunyit. Sebagai pelengkap lauk serta hiasanya ditambah telur goreng yang dihiris. Apa macam... mau cuba kw?
Nasi Goreng Bambu

Nasi Goreng Tomyam

Kedai masakan panas memang tak boleh lari dari masakan Tomyam. Ini pula Nasi Goreng Merah yang digoreng ala-kampung. Ianya lebih enak dimakan bersama lauk seafood yang digoreng berkuah dan berperisa tomyam. Anda akan dapat rasa adunan tomyam walaupun semangkuk tomyam campur yang anda "order" tadi belum lagi tiba. Jangan lupa ingat Tomyam ...ingat nasi gorengnya.
Nasi Goreng Thai

Nasi Goreng ini pula bercitarasakan Thai. Digoreng ala-thai dan sekiranya mahukan pedas lagi ada "kick". Ianya nampak "simple" aje dan lebih enak dimakan bersama lauk ayam goreng kunyit yang di goreng garing. Adalah lebih enak jika dimakan bersama cili potong yang diisi dengan kicap sotong. Jadi jangan lupa minta cili potong nanti ya!
Nasi Goreng Udang
Friday, 12 December 2008
Lauk-lauk Kampung
Gambar ini adalah sebahagian lauk-lauk masakan kampung yang terdapat di Sha's Cafe. Menu-menu seperti ikan pati tempoyak pahang, ikan kerisi masak singgam asam pedas + nenas, sambal petai, ikan jebong masak asam pedas, ikan kembung bakar, sayur-sayur kampung (gulai nangka, gualai labu) Kerabu perut, ikan keli goreng, Sotong sumbat, .........
Banyak tu....nanti sambung
Subscribe to:
Posts (Atom)