Monday 7 September 2009

Terima Kasih YB



Hari ini 07/09/09 kami di bazar ramadhan peramu mendapat kunjungan daripada Wakil Rakyat Ahli Parlimen Kawasan Kuantan iaitu YB Hajah Fauziah Salleh (PKR). Ini merupakan sejarah kerana selama ini, setelah bertahun2 kami berniaga tidak pernah dikunjungi oleh mana2 wakil rakyat sebelum ini.
Tahniah kami ucapkan dan ribuan terima kasih di atas kunjungan YB Hjh.Fauziah di dalam melihat kawasan dan kemeriahan kami berniaga. Kami amat berbesar hati kerana dapat bertemu dengan YB walaupun seketika. Kunjungan YB dapat mengeratkan lagi hubungan wakil rakyat dengan penduduk kawasan ini.
Kami menyokong penuh YB di dalam mentadbir kawasan ini. Semoga sikap YB menjadi contoh kepada wakil rakyat yang lain. Kami ucapkan semoga YB selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment